Makna Zuhud serta Kaitannya dengan al-'Afaf dan al-Ghina

SHARE:

Nasehat salaf untuk zuhud & qonaah

Makna Sebenar Zuhud & Kaitannya Dengan Sifat Al-'Affaf Serta Al-Ghina

http://resimdiyari.com/_data/i/upload/2012/06/23/20120623124940-b7bb2ca6-me.jpg

Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah ﷺ agar ditunjukkan suatu amalan yang dengannya Allah akan mencintainya dan manusia akan mencintainya. Rasulullah ﷺ bersabda,
"Zuhudlah kamu dalam urusan dunia ini, nescaya Allah akan mencintaimu, dan zuhudlah kamu terhadap apa yang dimiliki manusia (orang lain), nescaya manusia akan mencitaimu." (HR Ibnu Majah, disahihkan al-Albani)

Zuhud terhadap apa yang dimiliki oleh manusia, termasuk dalam sifat al-ghina/qona'ah (merasa cukup), al-'iffah (menjaga kehormatan diri jangan sampai meminta-minta).

Al-Imam Ahmad رحمه الله berkata,
"Hari yang paling menyenangkan bagiku adalah ketika aku masuk di waktu pagi dalam keadaan aku tidak memiliki apa-apa."

Ini merupakan sifat qona'ah yang luar biasa, kerana para ulama kita itu fokus mereka itu adalah kepada perkara ibadah, amal soleh dan urusan akhirat. Sehingga mereka benar-benar tawakal pada Allah, dengan dalam keadaan mereka tetap juga berusaha.

Abu Dzar رضي الله عنه, terkenal sebagai seorang sahabat yang zuhud, yang tidak pernah menyimpan harta. Sehingga untuk mendapatkan kecukupan untuk hari esok, maka dia kerjakan hari ini. Jika dia mendapatkannya lebih, maka dia akan infaqkan.

Al-Fudhail Ibn Iyadh رحمه الله berkata, "Asal muasal zuhud adalah redha terhadap pemberian Allah."

Al-Fudhail Ibn Iyadh رحمه الله berkata, "Seseorang yang sangat qona'ah (merasa cukup), dia seorang yang zuhud."

Para Salaf mengatakan,
"Jangan kau bersaksi atau menyatakan untuk seseorang bahawa dia adalah seorang yang zuhud, kerana zuhud yang hakiki adalah apa yang ada di hati seseorang."

Sahabat seperti Abu Bakr, Umar al-Khattab, Utsman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, mereka adalah orang-orang yang kaya, namun mereka adalah imamnya ahli zuhud. Tidaklah bermakna mereka kaya, mereka itu tidak zuhud, kerana zuhud itu adalah apa yang ada di dalam hati.

Ibnu Rajab al-Hambali رحمه الله berkata,
"Barangsiapa yang merealisasikan keyakinan yang kukuh terhadap Allah, percaya penuh kepada Allah, dalam segala urusannya, dia juga redha terhadap apa yang Allah takdirkan untuknya, terputus dari ketergantungan terhadap sesama makhluk, tidak pula takut kepada mereka, demikian pula tidak mencari harta duniawi dengan cara-cara yang dibenci oleh agama. Siapa yang miliki sifat-sifat tersebut, dialah seseorang yang zuhud. Siapa yang seperti itu sifatnya, dialah orang yang zuhud terhadap dunia, dialah zuhud yang sebenar-benarnya, dan dia adalah orang yang paling kaya, walaupun dia di dunia ini tidak mempunyai apa-apa."

Rasulullah ﷺ sering kali tidak memiliki apa-apa. Baginda pernah selama dua bulan hanya memakan kurma dan air putih sahaja, cuma kadang kala ada sahabat yang memberikan baginda susu. Walaupun baginda begitu keadaannya, baginda adalah orang yang paling kaya, kerana sentiasa merasa cukup.

Amr Ibn Yasir رحمه الله berkata,
"Cukuplah kematian itu sebagai pemberi peringatan, dan cukuplah merasa yakin dengan bantuan dari Allah itu sebagai kekayaan, dan cukuplah ibadah ini sebagai sesuatu yang menyibukkan kita."

Yunus Ibn Maisarah رحمه الله berkata, "Bukanlah zuhud terhadap dunia itu mengharamkan yang halal baginya, bukan pula dengan membuang-buang harta, tetapi zuhud adalah:
1. Apa yang ada pada tangan Allah itu lebih kamu percayai dari apa yang ada di tanganmu.
2. Keadaanmu ketika mendapatkan musibah, dan ketika tidak mendapatkan musibah, itu sama saja.
3. Apabila seseorang memujimu atau mencelamu dalam keadaan kamu sedang berbuat al-haq, sama saja (penderianmu)."

Perhatikanlah, ini semua terkait dengan urusan qalbu (hati) seseorang, dan tidak terkait dengan zahir penampilannya.

Alhamdulillah. Selesai.

📂 (Ringkasan faedah ilmiah dari tausiyah umum al-Ustadz Qomar Suaidi di Johor Bahru, Malaysia. Ringkasan ini telah dimuroja’ah oleh ustadz)

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf

COMMENTS

BLOGGER
Nama

Adab-Akhlak,118,Akhirat,10,Akhwat,73,Aqidah,203,Arab Saudi,15,Audio,31,Bantahan,78,Bid'ah,38,Biografi,8,Cerita,10,Cinta,8,Dakwah,17,Doa Dzikir,26,Ebook,8,Fadhilah,44,Faedah Ringkas,17,Fiqih,195,Ghaib,10,Hadits,88,Haji-Umroh,8,Hari Jumat,28,Hari Raya,3,Ibadah,50,Info,80,Inspiratif,23,IT,10,Janaiz,5,Kata Mutiara,115,Keluarga,107,Khawarij,21,Kisah,90,Kontemporer,104,Manhaj,90,Muamalah,28,Nabi,6,Nasehat,322,Poster,5,Puasa,34,Qurban,16,Ramadhan,25,Rekaman,1,Remaja,95,Renungan,14,Ringkasan,85,Sahabat,15,Sehat,33,Sejarah,18,Shalat,92,Syiah,24,Syirik,2,Tafsir,23,Tanya Jawab,389,Tauhid,15,Tazkiyatun Nafs,52,Teman,11,Thaharah,11,Thallabul Ilmi,78,Tweet Ulama,5,Ulama,21,Ustadz Menjawab,3,Video,10,Zakat,3,
ltr
item
Atsar ID | Arsip Fawaid Salafy: Makna Zuhud serta Kaitannya dengan al-'Afaf dan al-Ghina
Makna Zuhud serta Kaitannya dengan al-'Afaf dan al-Ghina
Nasehat salaf untuk zuhud & qonaah
https://1.bp.blogspot.com/-9s85qPdZTq4/WIWce-k5bVI/AAAAAAAALCg/kD0HXKm9l9oketxcebWWDagCzx5EaI3TwCLcB/s400/20120623124940-b7bb2ca6-me.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-9s85qPdZTq4/WIWce-k5bVI/AAAAAAAALCg/kD0HXKm9l9oketxcebWWDagCzx5EaI3TwCLcB/s72-c/20120623124940-b7bb2ca6-me.jpg
Atsar ID | Arsip Fawaid Salafy
http://www.atsar.id/2017/01/makna-zuhud-serta-kaitannya-dengan-al-afaf-al-ghina.html
http://www.atsar.id/
http://www.atsar.id/
http://www.atsar.id/2017/01/makna-zuhud-serta-kaitannya-dengan-al-afaf-al-ghina.html
true
5378972177409243253
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy